Sunday, 11 August 2013

Isu Pindah

well hello. lama giler rasanya tak update blog ni. bersarang dah rasanya. mihmih.
kite nak story moryy nhe, kan haritu kan kite kena pindah kampus. al maklum lah insaniah famous lately.

well, tak boleh ke kalau just follow arahan orang atasan, boleh kalau nak bantah and nak tau sebab kukuh why must we all seramai 1000 lebih kena pindah mergong plus student pengajian islam yg memang dah berlambak kat sana. lama2 roboh bumi mergong tu nanti.

Memang lah ralat kan rasanya kena pindah pindah ni, IPT lain x de jadi nomad macam student insaniah ni rasanya. elok je diorg aman damai. hoihh~ okeyh, just kesian kat student yg dah duduk rumah sewa then kena kluar cari rumah sewa lain pulak. kesian3~ kite pun agaknya nasib mcm tu jugakk. kesian kat kitee yang baru nak belajar hisup sendiri nii :'(

Sebenarnya nak cerita pasal bantah-membantah ni, demo dan sebagainya. Bukan tak boleh just jangan terlalu emosional. Why must nak marah and paksa2 kat orang yg memang setuju nak pindah? why? tu terletak kat pendirian masing2 lah kan? kenapa nak kata student yang ikutt je and setuju pindah tu lembu? why? then nak kena demo mati-matian tak nak pindah? kena buat sepanduk and ajak rakyat mogok macam tu?

Setuju pindah atau tak itu keputusan masing2. tak de hak nak kata orang lembu cucuk hidung ke apa. macam la bile kau buat demo bagai ni orang atasan akan berubah keputusan diorang tak bagi pindah. gitu? once dekan and lecturers lain dah buat satu taklimat besar-besaran haritu then itu lah keputusan die. even, klu dekan bgitau kat org atsan tak nak pindah. org atasan boleh buat do no and still KENA PINDAH. then, kau pun nak hasut fikiran student2 lain utk tak pindah?

Why not ikut je? why nak ikut perasaan sgt? bukannya diorang kacau kite nak study kan? bukannya at last kite study tepi jalan tu haa. maybe after this dah tak selesa seperti kat kuala ketil but bukan smpai terus tak boleh nak focus kan apa yg kite study kan sebab sibukk nak pindah jee.

Baru sem 1 kan? why just follow je? kite bukannye tahu pun situasi insaniah tu mcm mna? hutang die ke? bergolaknye die ke? you ada duit nak bayar hutang insaniah? if adaa, then settle masalah kan? even dekan pun bnyak masalah die nak handle student yg ramai and persoalan yg tak terjawab from student and parents.

just jangan ikut perasaan sangat. tu jee. at least, kite punya kelas still full kan, bukannya langsung tak ada kelas. bukannya lecturer langsung x mngajar kan~ just mybe kena ada kelas malam. ohhh bahagianya~
Boleh tak kalau jangan campr adukkan isu politik. jangan lah ajar adikk2 yg baru 18 19 tahun tu nak bangkang longkang semua ni~

wuuuuu wuuuuu~before u split your words, think first.

Thursday, 27 June 2013

Rasa macam tak fair

Salam alaik. tgk title atas. why i'm saying like that? kadang2 dalam kepala ni terfikir jugak pasal ni.tapi tak terungkai. kite nak terungkai kan nye sekarang.


Bila perempuan tu tak fully tutup aurat, ada je lelaki yang akan menegur. apa yang kite tengok lah. contoh macam artis2 kan, mesti ada komen2 macam *bile la die ni nak tutup aurat?* dan bla bla bla. padahal lelaki tu sendiri pun tak cukup bagus, pakai seluar pun takat lutut je, sembahyang pun tinggal2 apatah lagi puasa. bukan nak mengutuk. ni realiti sometimes. kan? sibuk2 nak suruh perempuan lain tutup aurat, diri sendiri tak terurus lepas tu konon nak salahkan perempuan ape lah kan.

I admit yang sometimes dan selalunya lah perempuan yang kurang sedar diri nak menutup aurat tu selalu menguji hati-hati lelaki. Dan kadang-kadang perempuan diorang ni suka ambil mudah benda2 wajib untuk tutup aurat. In case kalau lelaki yang menegur tu seorang yang baik, its okay, boleh la terima sebab lelaki yang baik ni die tak nak dirinya berdosa.


Yang macam kite tak suke tu bila ada perempuan tak tutup aurat etc bukak tudung, pakai baju ketat plus pendek dan seumpanya lah kan. nak tegur secara berhemah lah. bukan main booomm je orang tu. tambah-tambah lagi kalau yang tegur tu lelaki yang kurang iman nya. Kite rasa macam tak adil lah untuk perempuan, asyik2 perempuan. perempuan. perempuan. seolah-olah lelaki ni ohhh baik amalannya, tinggi ilmunya. konon.


Nak menegur boleh, check diri lelaki tu dulu, seluar tutup aurat ke? aurat antara lelaki dengan lelaki jaga ke? solat jaga ke? puasa dan seumpanya? lelaki memang macam tu. selalu annoying, nak perempuan baik-baik dijadikan isteri, padahal diri tak de la sebaik mana. macam mana nak memimbing isteri ke jalan pintu syurga? macam mana nak mendidik anak menjadi yang taat? ada mampu ke? kalau tak ketepikan maksiat and then buat yang wajib memang tak lah. Then lelaki ni nak harapkan isteri diorang yang pimpin korang2 ni? korang ni wahai lelaki mualaf ke pun? mualaf pun tak de lah mengharapkan isteri die untuk bimbing die. die sendiri gagah cari ilmu melalui pembacaan buku agama, datang usrah kat masjid tak de pun melepak merempit bagai?


Mungkin perempuan2 yang not fully covered themself maybe sebab didikannya begitu dari kecik or gaya hidup family and kawan2 diorang ataupun kurang ilmu agama. tak payah lah nak kutuk2 orang yang tak tutup aurat lepas tu cakap *kat neraka tu ramai perempuan sebab dosanya tak tutup aurat* then ko rasa perempuan tu terus nak tutup aurat apa? maybe die perlukan sokongan kawan rapat or bimbingan kan.

Dah rasa macam bersyarah dah. okey lah. adios. =)




Tuesday, 25 June 2013

sweet talker

well, hello.annyonghaseyo. haha.salamalaik.

Sebelum cerita pasal tajuk blog ni, kite nak cerita semalam kite jalan2 lepas tu terhantuk plus terlanggar slide door kat billion. gedebuk! patah hidung kite. sakit hoiiihh tak terkata. kite rasa pening2 smpai berair2 mata kite. sobs sobss. orang careless plus fikiran menerawang memang selalu macam ni. entah la apa yang kite fikir, ke berangan. haha.

Okey, kite nak tulis pasal sweet talker. contoh kalau baru kenal dengan someone, kite sebagai perempuan mesti dah boleh agak  die ni player ke, sweet talker ke, jenis commitment ke dan sebagainya. haha. kalau jenis perempuan yang tak berhati-hati semasa berkenalan dengan mana-mana buaya tu kan kena la tipu hidup-hidup. realiti ok. realiti.

Okey, contoh baru kenal sehari dua, then, die dah bagi kata-kata manis bak gula. ni kalau semut, mati lama dah. haha. first kan, nak tau die sweet talker plus penipu ke tak tengok cara and gaya die time call or sms. kalau baru kenal sehari dua dah cakap macam ni, confirm lah tu:


*cakap die suke kita

* puji kita cantik dan seumpamanya

*panggil sayang or whatever

*cakap nak lebih dari kawan pdahal dah ada girlfrendsss

*suke cakap tipu padahal dah obvious die tu tipu.

Haaaa, macam ni lah. then, kalau nak kenal or kawan2 dgn mana-mana lelaki, kena siasat dulu dengan cara die layan kite or latar belakang die ke. jangan terus percaya je apa die cakap. buat-buat percaya boleh, percaya betul jangan then dah tau die tipu, tinggalkan je die. haha.

ok. adios

Sunday, 16 June 2013

Ditipu. Tertipu. Kena tipu.

 Well, Hello. Hari ni merupakan bad days bagi kite. mahu tahu kenapakah?

Esok test jpj. dup. dap.dup.dap. Hari ni still belajar lagi dekat driving school. naik bukit lepas, parking lepas. tetttttt. part 3 penjuru kite terlanggar devider n menyebabkan kereta pakcik tu rosak sikit je. bukan calar balar pun. Allahurabbi. dimarah nye kite smpai tahap peatala langit dan bumi. kite diam je. diam. diam.

Lepas tu die ungkit katanya kerata die baru lepas elok sebulan lepas. rosak jugak macam yang kite buat dekat kereta die. then, die kata budak tu bayar ganti rugi rm70 dekat die. then seolah-olah suruh kite bayar. huh? terkejutttt kiteeee. tak kan nak kena bayar? nama pun driving school, then kalau rosak apa2 mmg student kena ganti lah? memang best kalau macam tu.

Then, semasa dalam perjalan aku ke jalan A, B dan C pakcik tu tetap mintak kite bayar ganti rugi. die just suruh bayar rm30 je. yang lain biar die tanggung. katanya lah. kite pun bodoh2 pergi bagi duit tu dekat pakcik. kite tak tau pulak yang memang tak payah bayar sesenn pun. then, apa function duit rm1050 yang aku bayar kat die nanti? tak kan tak de insurance apa2 kan?

senang2 pakcik nak tipu kite. maybe sebab kite baik sangat. maybe sebab lurus sangat n maybe sebab penakut sangat. balik rumah kite takut nak cerita kat mak ayah,then tanya ayah "ayah what if kalau kite terrr rsoakkan kereta tu kan then kite kena bayar ganti ke?" ayah jawab" hey, tak payahhhh. mana ada kite yg kena bayar".

kite bayar. then, duit tu pegi mana? masuk poket kan? kahkah. licik laaa. then, kite tak de duit kecik, kite ada rm50 sekeping then bagi pakcik utk ganti rugi yang die cakap tu. die cakap rm30 je kan? jeng jeng jeng. tak bagi pun baki? mana? mana? mana baki? kite pun salah jugak sebab diam jeee. tak tanya baki lagi rm20. kite actually just nak tengok perangai pakcik tu macam mana. thats all.

tak pasal2 kena tipu depan2, hidup2. kite pun percaya lahh. ouh! apasal tak boleh fikir ni?? habis duit kiteeee. kalau tak boleh beli kasuttttt. habis duit. macam tu je. konon hope ayah bayar balik laa. macam tak jeee. haih.


Thursday, 23 May 2013

For the first time in my life...

Hye,

Nak tau satu benda tak?

Benda yang kite tak pernah jangka pun. A sad story actually.

Lets begin with, 1 2 3.....

Hari ni last day dekat tadika. Oh, gembiranya hatiku, gembiranya, hoorayy~~~~~~
Okey, ingat kalau last day tu happy lah kan. tapi actually not. Semalam kena torture dengan kak zu ( bukan nama sebenar) die owner tadika, die share dengan kak ita ( bukan nama sebenar).

Sempena 'hari blahh' untuk kite pada hari ni, so, semalam die wash kite habis-habis. Biasa lah, first cakap thanks sebab jaga anak-anak dekat situ, curahkan ilmu and segala bagai. Appreciate lah ape lah kan. Kite angguk-angguk je la tanda faham.

Then, tetibe kak zu ( bukan nama sebenar) cakap kat kite yang kite ni EGO, KERAS KEPALA, RASA DIRI TU BAGUS TAK ADA ORANG LAIN SELAIN AKU SENDIRI.

Kite terus jadi terpana sekejap then cuba nak cernakan apa ayat yang die baru cakap tadi. Rasa tak boleh nak hadamkan every words yang dia cakap. Rasa macam roda berpusing-pusing. i try to be cool. Angguk-angguk je seperti mengiakan semua apa yang dia kata tu betul. kite cuba tak nangis.

I try, but i can't. Nangis jugak finally. nanngis. nangis. Rasa macam teruk sebab kite nangis depan die. sangat teruk. rasa teruk. Ok, die kata kite ni ada rupa, family senang, tapi benda2 tu tak menjanjikan kehidupan kite kat luar nanti. maybe kite kena pijak, kena pulau. Dan point kat sini, rasa macam tak masuk dek akal fikiran.
maybe dia doakan kite begitu kot. bagus lah. i likeeeee.

Dia kata kite tak nak basuh berak kencing budak? since when? rasanya tak pernah selama ni kite biarkan budak-budak yang pakai pampers tu berak kencing tak tukar-tukar pampers, biar sampai berulat. HUH.
and then kite paksa kak suhada ( kakak yang ganti tempat kite untuk ajar 4 years) ajar gune style garang-garang? HAHHH??

I ask kak suhada after that, " betul ke kite ada ajar kak suhada kena ajar garang2 dengan budak2?" kak suhada pun blur2 jawab tak. memang tak lah. i don't know where did she found that rumor. And yang tak best nya, tak ada ruang nak bela diri sendiri.

Yang best nya, dia tengok kite semua yang sisi buruk. yang elok? tak ada, dah terkubur sebab perangai kite yang tak elok, tak senonoh, tak serupa orang, tak bagus. Kite memang suke kerja kat tempat yang macam tu, tak dihargai malah dikritik2

Sepanjang kite kerja tak pulak nak tegur, kot-kot ade benda yang die tak suke kite buat kan? dan kite rasa kite buat kerja kalau boleh nk smooth je even benda tu tiring sebab kite kerja dengan orang. Kalau buat kerja sendiri2, lain lah. boleh malas-malas.

Even my parents know me better. my parents tau kite macam mana. Bila teringat benda ni, still lagi nak nangis. Memang lah. kite kan keras hati, keras kepala. orang yang macam ni memang hobi die nangis. HEH.

Saturday, 4 May 2013

Perbezaan bila bercakap dengan orang yang well educated and not well educated

Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog.

sebab malas. tu je . and lately banyak benda yang nak kena fikir.

Nak dengar cerita? kita ada jiran sebelah rumah tau. Peramah orangnya. Boleh la bawak sembang, gelak-gelak apa semua. even umur dia dah nak 30-an and dia da kahwin n have a few son. orangnya kaya biasalah tumpang kaya husband die. she's just a housewife. belajar tak tingggi pun. biasa-biasa je.

Ok, nak highlight kat sini. Ingat kita boleh bagitau apa2 rahsia tau dekat dia. i tell everything apa yang kita rasa kita nak cerita kat dia and dia pun macam ' alaaa, cerita je. tak pee' gaya macam she will keep my secret tau. and ingat macam die akan faham what i'm trying to tell her. Rupanya die just nak korek rahsia kita. just that. kita tak syak apa-apa pun actually. tak syak pun yang dia akan bocorkan rahsia and ape yang kita cerita kat dia, she will burst it out !!

Oh, tak sangka. i'm working at kindergarten. private kindergarten and have a neighbour and she is ' mulut tempayan' yang suka mencanang cerita. Bila habis kerja, memang selalu sembang dengan dia, and kalau sembang dengan dia tu,, memang tak tau la bila nak stop. what the hell. And selama kita banyak sembang dengan dia, rupanya dia nak report kat my majikan, the owner of tadika.

Kita memang banyak tak puas hati actually dekat tadika but i do my work. maybe tak berkat sebab banyak kompelin sana sini. but, i'm just a normal person. biasa la tu. kat mana- mana pun kompelin je banyak. And now kita tak lagi sembang dengan orang yang macam tu. luar dalam semua nak report. whatever. orang mcama tu yang kurang ilmu memang kena nasihatkan. tak pe lah . kita just avoid myself from her.

Kesian kat dia sekarang. sebab dia dah tak ada benda nak dicanang-canang dekat tadika tu. kesian sangat. seriously. isk isk. Pengajaran untuk kita is jangan senang nak mesra-mesra dengan orang and cerita benda2 yang should not to tell. Semua orang tak sama the way of thinking.

Kalau orang well educated, they know which is good to tell or not. bukannya semua benda nak cerita.

adios. see the next entry.

Saturday, 13 April 2013

Bila ulser menyerang...

 Hello uollss...

Siapa pernah kena ulser??

Kebiasaannya orang perempuan selalu kena ulser. fact.

Perghhhh. Bila ulser tumbuh kat sekitar mulut, baru tahu seksa ke tak. hilang terus nikmat makan. nikmat minum. nikmat gosok gigiiii. kalau tak gosok, nanti osyakkk gigi.

Allahurabbi. sesungguhnya ada ulser kt bawah lidah especially sangat la menyeksakan. nak makan sedap tak boleh. nak makan pedas-pedas tak boleh. tak bestt lah macam ni. * hentak kaki kat lantai*

Then, my friend suggest me to try letak garam kat ulser. Then, i try. Mula-mula takuttt, sebab katanya sakit sikit. Biasa lah, kalau nak cepat elok, kena la tahan sakit.\

A minute later...

Waahhhhhh!!!

Menggelejat aku!

Sumpah pedihhhh. sampai keluar air mataa mahal akuu nhe.

T.T... sob sob. Then, kita try la letak magerine, sebab die ada unsur2 garam jugak, and less sakit.
Ok, aku try. memang tak sakit. cool je aku taruk tu kat ulser.

Tapiii, lambat effectttt. Then, kita try letak minyak gamat. minyak gamat kat rumah kita tu dah berabad. daripada tahun 90-an. my mum still keep it. Haha. *geleng kepala sambil cakap mak, mak*

Sangat cepat dah efisien after letak gamat yang berabad tuuu. Suke sangat tahappp petala sebab freedom boleh makan ape je dengan nikmatnya. nyummy nyummyy.Btw, coklat hershe's dengan toblerone tunggu dah tuuu.

Adios.