Sunday, 11 August 2013

Isu Pindah

well hello. lama giler rasanya tak update blog ni. bersarang dah rasanya. mihmih.
kite nak story moryy nhe, kan haritu kan kite kena pindah kampus. al maklum lah insaniah famous lately.

well, tak boleh ke kalau just follow arahan orang atasan, boleh kalau nak bantah and nak tau sebab kukuh why must we all seramai 1000 lebih kena pindah mergong plus student pengajian islam yg memang dah berlambak kat sana. lama2 roboh bumi mergong tu nanti.

Memang lah ralat kan rasanya kena pindah pindah ni, IPT lain x de jadi nomad macam student insaniah ni rasanya. elok je diorg aman damai. hoihh~ okeyh, just kesian kat student yg dah duduk rumah sewa then kena kluar cari rumah sewa lain pulak. kesian3~ kite pun agaknya nasib mcm tu jugakk. kesian kat kitee yang baru nak belajar hisup sendiri nii :'(

Sebenarnya nak cerita pasal bantah-membantah ni, demo dan sebagainya. Bukan tak boleh just jangan terlalu emosional. Why must nak marah and paksa2 kat orang yg memang setuju nak pindah? why? tu terletak kat pendirian masing2 lah kan? kenapa nak kata student yang ikutt je and setuju pindah tu lembu? why? then nak kena demo mati-matian tak nak pindah? kena buat sepanduk and ajak rakyat mogok macam tu?

Setuju pindah atau tak itu keputusan masing2. tak de hak nak kata orang lembu cucuk hidung ke apa. macam la bile kau buat demo bagai ni orang atasan akan berubah keputusan diorang tak bagi pindah. gitu? once dekan and lecturers lain dah buat satu taklimat besar-besaran haritu then itu lah keputusan die. even, klu dekan bgitau kat org atsan tak nak pindah. org atasan boleh buat do no and still KENA PINDAH. then, kau pun nak hasut fikiran student2 lain utk tak pindah?

Why not ikut je? why nak ikut perasaan sgt? bukannya diorang kacau kite nak study kan? bukannya at last kite study tepi jalan tu haa. maybe after this dah tak selesa seperti kat kuala ketil but bukan smpai terus tak boleh nak focus kan apa yg kite study kan sebab sibukk nak pindah jee.

Baru sem 1 kan? why just follow je? kite bukannye tahu pun situasi insaniah tu mcm mna? hutang die ke? bergolaknye die ke? you ada duit nak bayar hutang insaniah? if adaa, then settle masalah kan? even dekan pun bnyak masalah die nak handle student yg ramai and persoalan yg tak terjawab from student and parents.

just jangan ikut perasaan sangat. tu jee. at least, kite punya kelas still full kan, bukannya langsung tak ada kelas. bukannya lecturer langsung x mngajar kan~ just mybe kena ada kelas malam. ohhh bahagianya~
Boleh tak kalau jangan campr adukkan isu politik. jangan lah ajar adikk2 yg baru 18 19 tahun tu nak bangkang longkang semua ni~

wuuuuu wuuuuu~before u split your words, think first.

Thursday, 27 June 2013

Rasa macam tak fair

Salam alaik. tgk title atas. why i'm saying like that? kadang2 dalam kepala ni terfikir jugak pasal ni.tapi tak terungkai. kite nak terungkai kan nye sekarang.


Bila perempuan tu tak fully tutup aurat, ada je lelaki yang akan menegur. apa yang kite tengok lah. contoh macam artis2 kan, mesti ada komen2 macam *bile la die ni nak tutup aurat?* dan bla bla bla. padahal lelaki tu sendiri pun tak cukup bagus, pakai seluar pun takat lutut je, sembahyang pun tinggal2 apatah lagi puasa. bukan nak mengutuk. ni realiti sometimes. kan? sibuk2 nak suruh perempuan lain tutup aurat, diri sendiri tak terurus lepas tu konon nak salahkan perempuan ape lah kan.

I admit yang sometimes dan selalunya lah perempuan yang kurang sedar diri nak menutup aurat tu selalu menguji hati-hati lelaki. Dan kadang-kadang perempuan diorang ni suka ambil mudah benda2 wajib untuk tutup aurat. In case kalau lelaki yang menegur tu seorang yang baik, its okay, boleh la terima sebab lelaki yang baik ni die tak nak dirinya berdosa.


Yang macam kite tak suke tu bila ada perempuan tak tutup aurat etc bukak tudung, pakai baju ketat plus pendek dan seumpanya lah kan. nak tegur secara berhemah lah. bukan main booomm je orang tu. tambah-tambah lagi kalau yang tegur tu lelaki yang kurang iman nya. Kite rasa macam tak adil lah untuk perempuan, asyik2 perempuan. perempuan. perempuan. seolah-olah lelaki ni ohhh baik amalannya, tinggi ilmunya. konon.


Nak menegur boleh, check diri lelaki tu dulu, seluar tutup aurat ke? aurat antara lelaki dengan lelaki jaga ke? solat jaga ke? puasa dan seumpanya? lelaki memang macam tu. selalu annoying, nak perempuan baik-baik dijadikan isteri, padahal diri tak de la sebaik mana. macam mana nak memimbing isteri ke jalan pintu syurga? macam mana nak mendidik anak menjadi yang taat? ada mampu ke? kalau tak ketepikan maksiat and then buat yang wajib memang tak lah. Then lelaki ni nak harapkan isteri diorang yang pimpin korang2 ni? korang ni wahai lelaki mualaf ke pun? mualaf pun tak de lah mengharapkan isteri die untuk bimbing die. die sendiri gagah cari ilmu melalui pembacaan buku agama, datang usrah kat masjid tak de pun melepak merempit bagai?


Mungkin perempuan2 yang not fully covered themself maybe sebab didikannya begitu dari kecik or gaya hidup family and kawan2 diorang ataupun kurang ilmu agama. tak payah lah nak kutuk2 orang yang tak tutup aurat lepas tu cakap *kat neraka tu ramai perempuan sebab dosanya tak tutup aurat* then ko rasa perempuan tu terus nak tutup aurat apa? maybe die perlukan sokongan kawan rapat or bimbingan kan.

Dah rasa macam bersyarah dah. okey lah. adios. =)




Tuesday, 25 June 2013

sweet talker

well, hello.annyonghaseyo. haha.salamalaik.

Sebelum cerita pasal tajuk blog ni, kite nak cerita semalam kite jalan2 lepas tu terhantuk plus terlanggar slide door kat billion. gedebuk! patah hidung kite. sakit hoiiihh tak terkata. kite rasa pening2 smpai berair2 mata kite. sobs sobss. orang careless plus fikiran menerawang memang selalu macam ni. entah la apa yang kite fikir, ke berangan. haha.

Okey, kite nak tulis pasal sweet talker. contoh kalau baru kenal dengan someone, kite sebagai perempuan mesti dah boleh agak  die ni player ke, sweet talker ke, jenis commitment ke dan sebagainya. haha. kalau jenis perempuan yang tak berhati-hati semasa berkenalan dengan mana-mana buaya tu kan kena la tipu hidup-hidup. realiti ok. realiti.

Okey, contoh baru kenal sehari dua, then, die dah bagi kata-kata manis bak gula. ni kalau semut, mati lama dah. haha. first kan, nak tau die sweet talker plus penipu ke tak tengok cara and gaya die time call or sms. kalau baru kenal sehari dua dah cakap macam ni, confirm lah tu:


*cakap die suke kita

* puji kita cantik dan seumpamanya

*panggil sayang or whatever

*cakap nak lebih dari kawan pdahal dah ada girlfrendsss

*suke cakap tipu padahal dah obvious die tu tipu.

Haaaa, macam ni lah. then, kalau nak kenal or kawan2 dgn mana-mana lelaki, kena siasat dulu dengan cara die layan kite or latar belakang die ke. jangan terus percaya je apa die cakap. buat-buat percaya boleh, percaya betul jangan then dah tau die tipu, tinggalkan je die. haha.

ok. adios

Sunday, 16 June 2013

Ditipu. Tertipu. Kena tipu.

 Well, Hello. Hari ni merupakan bad days bagi kite. mahu tahu kenapakah?

Esok test jpj. dup. dap.dup.dap. Hari ni still belajar lagi dekat driving school. naik bukit lepas, parking lepas. tetttttt. part 3 penjuru kite terlanggar devider n menyebabkan kereta pakcik tu rosak sikit je. bukan calar balar pun. Allahurabbi. dimarah nye kite smpai tahap peatala langit dan bumi. kite diam je. diam. diam.

Lepas tu die ungkit katanya kerata die baru lepas elok sebulan lepas. rosak jugak macam yang kite buat dekat kereta die. then, die kata budak tu bayar ganti rugi rm70 dekat die. then seolah-olah suruh kite bayar. huh? terkejutttt kiteeee. tak kan nak kena bayar? nama pun driving school, then kalau rosak apa2 mmg student kena ganti lah? memang best kalau macam tu.

Then, semasa dalam perjalan aku ke jalan A, B dan C pakcik tu tetap mintak kite bayar ganti rugi. die just suruh bayar rm30 je. yang lain biar die tanggung. katanya lah. kite pun bodoh2 pergi bagi duit tu dekat pakcik. kite tak tau pulak yang memang tak payah bayar sesenn pun. then, apa function duit rm1050 yang aku bayar kat die nanti? tak kan tak de insurance apa2 kan?

senang2 pakcik nak tipu kite. maybe sebab kite baik sangat. maybe sebab lurus sangat n maybe sebab penakut sangat. balik rumah kite takut nak cerita kat mak ayah,then tanya ayah "ayah what if kalau kite terrr rsoakkan kereta tu kan then kite kena bayar ganti ke?" ayah jawab" hey, tak payahhhh. mana ada kite yg kena bayar".

kite bayar. then, duit tu pegi mana? masuk poket kan? kahkah. licik laaa. then, kite tak de duit kecik, kite ada rm50 sekeping then bagi pakcik utk ganti rugi yang die cakap tu. die cakap rm30 je kan? jeng jeng jeng. tak bagi pun baki? mana? mana? mana baki? kite pun salah jugak sebab diam jeee. tak tanya baki lagi rm20. kite actually just nak tengok perangai pakcik tu macam mana. thats all.

tak pasal2 kena tipu depan2, hidup2. kite pun percaya lahh. ouh! apasal tak boleh fikir ni?? habis duit kiteeee. kalau tak boleh beli kasuttttt. habis duit. macam tu je. konon hope ayah bayar balik laa. macam tak jeee. haih.


Thursday, 23 May 2013

For the first time in my life...

Hye,

Nak tau satu benda tak?

Benda yang kite tak pernah jangka pun. A sad story actually.

Lets begin with, 1 2 3.....

Hari ni last day dekat tadika. Oh, gembiranya hatiku, gembiranya, hoorayy~~~~~~
Okey, ingat kalau last day tu happy lah kan. tapi actually not. Semalam kena torture dengan kak zu ( bukan nama sebenar) die owner tadika, die share dengan kak ita ( bukan nama sebenar).

Sempena 'hari blahh' untuk kite pada hari ni, so, semalam die wash kite habis-habis. Biasa lah, first cakap thanks sebab jaga anak-anak dekat situ, curahkan ilmu and segala bagai. Appreciate lah ape lah kan. Kite angguk-angguk je la tanda faham.

Then, tetibe kak zu ( bukan nama sebenar) cakap kat kite yang kite ni EGO, KERAS KEPALA, RASA DIRI TU BAGUS TAK ADA ORANG LAIN SELAIN AKU SENDIRI.

Kite terus jadi terpana sekejap then cuba nak cernakan apa ayat yang die baru cakap tadi. Rasa tak boleh nak hadamkan every words yang dia cakap. Rasa macam roda berpusing-pusing. i try to be cool. Angguk-angguk je seperti mengiakan semua apa yang dia kata tu betul. kite cuba tak nangis.

I try, but i can't. Nangis jugak finally. nanngis. nangis. Rasa macam teruk sebab kite nangis depan die. sangat teruk. rasa teruk. Ok, die kata kite ni ada rupa, family senang, tapi benda2 tu tak menjanjikan kehidupan kite kat luar nanti. maybe kite kena pijak, kena pulau. Dan point kat sini, rasa macam tak masuk dek akal fikiran.
maybe dia doakan kite begitu kot. bagus lah. i likeeeee.

Dia kata kite tak nak basuh berak kencing budak? since when? rasanya tak pernah selama ni kite biarkan budak-budak yang pakai pampers tu berak kencing tak tukar-tukar pampers, biar sampai berulat. HUH.
and then kite paksa kak suhada ( kakak yang ganti tempat kite untuk ajar 4 years) ajar gune style garang-garang? HAHHH??

I ask kak suhada after that, " betul ke kite ada ajar kak suhada kena ajar garang2 dengan budak2?" kak suhada pun blur2 jawab tak. memang tak lah. i don't know where did she found that rumor. And yang tak best nya, tak ada ruang nak bela diri sendiri.

Yang best nya, dia tengok kite semua yang sisi buruk. yang elok? tak ada, dah terkubur sebab perangai kite yang tak elok, tak senonoh, tak serupa orang, tak bagus. Kite memang suke kerja kat tempat yang macam tu, tak dihargai malah dikritik2

Sepanjang kite kerja tak pulak nak tegur, kot-kot ade benda yang die tak suke kite buat kan? dan kite rasa kite buat kerja kalau boleh nk smooth je even benda tu tiring sebab kite kerja dengan orang. Kalau buat kerja sendiri2, lain lah. boleh malas-malas.

Even my parents know me better. my parents tau kite macam mana. Bila teringat benda ni, still lagi nak nangis. Memang lah. kite kan keras hati, keras kepala. orang yang macam ni memang hobi die nangis. HEH.

Saturday, 4 May 2013

Perbezaan bila bercakap dengan orang yang well educated and not well educated

Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog.

sebab malas. tu je . and lately banyak benda yang nak kena fikir.

Nak dengar cerita? kita ada jiran sebelah rumah tau. Peramah orangnya. Boleh la bawak sembang, gelak-gelak apa semua. even umur dia dah nak 30-an and dia da kahwin n have a few son. orangnya kaya biasalah tumpang kaya husband die. she's just a housewife. belajar tak tingggi pun. biasa-biasa je.

Ok, nak highlight kat sini. Ingat kita boleh bagitau apa2 rahsia tau dekat dia. i tell everything apa yang kita rasa kita nak cerita kat dia and dia pun macam ' alaaa, cerita je. tak pee' gaya macam she will keep my secret tau. and ingat macam die akan faham what i'm trying to tell her. Rupanya die just nak korek rahsia kita. just that. kita tak syak apa-apa pun actually. tak syak pun yang dia akan bocorkan rahsia and ape yang kita cerita kat dia, she will burst it out !!

Oh, tak sangka. i'm working at kindergarten. private kindergarten and have a neighbour and she is ' mulut tempayan' yang suka mencanang cerita. Bila habis kerja, memang selalu sembang dengan dia, and kalau sembang dengan dia tu,, memang tak tau la bila nak stop. what the hell. And selama kita banyak sembang dengan dia, rupanya dia nak report kat my majikan, the owner of tadika.

Kita memang banyak tak puas hati actually dekat tadika but i do my work. maybe tak berkat sebab banyak kompelin sana sini. but, i'm just a normal person. biasa la tu. kat mana- mana pun kompelin je banyak. And now kita tak lagi sembang dengan orang yang macam tu. luar dalam semua nak report. whatever. orang mcama tu yang kurang ilmu memang kena nasihatkan. tak pe lah . kita just avoid myself from her.

Kesian kat dia sekarang. sebab dia dah tak ada benda nak dicanang-canang dekat tadika tu. kesian sangat. seriously. isk isk. Pengajaran untuk kita is jangan senang nak mesra-mesra dengan orang and cerita benda2 yang should not to tell. Semua orang tak sama the way of thinking.

Kalau orang well educated, they know which is good to tell or not. bukannya semua benda nak cerita.

adios. see the next entry.

Saturday, 13 April 2013

Bila ulser menyerang...

 Hello uollss...

Siapa pernah kena ulser??

Kebiasaannya orang perempuan selalu kena ulser. fact.

Perghhhh. Bila ulser tumbuh kat sekitar mulut, baru tahu seksa ke tak. hilang terus nikmat makan. nikmat minum. nikmat gosok gigiiii. kalau tak gosok, nanti osyakkk gigi.

Allahurabbi. sesungguhnya ada ulser kt bawah lidah especially sangat la menyeksakan. nak makan sedap tak boleh. nak makan pedas-pedas tak boleh. tak bestt lah macam ni. * hentak kaki kat lantai*

Then, my friend suggest me to try letak garam kat ulser. Then, i try. Mula-mula takuttt, sebab katanya sakit sikit. Biasa lah, kalau nak cepat elok, kena la tahan sakit.\

A minute later...

Waahhhhhh!!!

Menggelejat aku!

Sumpah pedihhhh. sampai keluar air mataa mahal akuu nhe.

T.T... sob sob. Then, kita try la letak magerine, sebab die ada unsur2 garam jugak, and less sakit.
Ok, aku try. memang tak sakit. cool je aku taruk tu kat ulser.

Tapiii, lambat effectttt. Then, kita try letak minyak gamat. minyak gamat kat rumah kita tu dah berabad. daripada tahun 90-an. my mum still keep it. Haha. *geleng kepala sambil cakap mak, mak*

Sangat cepat dah efisien after letak gamat yang berabad tuuu. Suke sangat tahappp petala sebab freedom boleh makan ape je dengan nikmatnya. nyummy nyummyy.Btw, coklat hershe's dengan toblerone tunggu dah tuuu.

Adios.

Friday, 12 April 2013

Perkara yang aku tak sangka yang akan aku buat...

Assalamualaikum

Hello Peepsss..

Tengok tajuk atas, kalau dah baca tu. baca sampai habis. Haha.

Semenjak kerja dekat tadika ni kan, alaa baru 1 bulan 2 minggu 2 hari je kan. tak lama pun. tapi rasa macam dah bertahun-tahun. Hoihhhh.

Jeng jeng jeng.

List-list benda yang aku buat dan tak sangka aku akan buat.

                                                      ___
                                                     
                                                      ___

                                                      ___

                                                      ___



                                                        Buat susu budak-budak


And ada lagi...



                                                             ___

                                                             ___

                                                             ___

                                                             ___

                                        
                                          Pakaikan pampers untuk budak 4 tahun.

And ada lagi...


                                                     ___

                                                     ___

                                                     ___

                                                     ___



tak boleh nak letak gambar. sebab nanti kembang tekak. Bila budak 4 tahun yang berak, aku lah yang kena tukarkan pampers. mula2 memang tak biasa. nak nangis jer rasa. termuntah-muntah aku dibuatnya. haha.
Lama-lama pun aku tak biasa jugak. terrrr bluekkk bluekkk la akuu.


Nanti lain entry aku story mory lagi. adios :)

Saturday, 6 April 2013

Tak pasal-pasal kena marah.

Hello peepssss...

Selama aku hidup 20 tahun 3 bulan 4 hari ni kan. Tak pernah la lagi kena fire dengan mana2 mulut longkang yg cakap tak guna akal ni. ceritanya bermula begini....

jeng.. jeng.. jeng.. 

satu hari tu, macam biasa pukul 5 ptg macam tu lah. jaga tadika, hari mendung je, tanda2 nak hujan tapi belum hujan lagi. Hari tu kelam kabut sikit sebab kena settle kan kelas lagi. sbb esok nya ada org dari kl nak datang tengok tadika. 

Then,

time budak2 semua tu nak balik rumah. dijemput parents, time ni dah hujan dah. tapi x lebat sangat. just rintik2 jerr. nenek seorang student ni datang la nak amik cucu die, yang dua orang tu, sorang 4 years, sorang lagi 6 years. nenek tu bawak payung nk amik cucu 2 die bawak balik pegi kat van. van tu suami si nenek yg bawak. suami nenek tu tunggu dalam van.

aku terpandang ke arah van tu,

terpana sekejap. cuak pun ada. muka tak beriak pun ada. aku nampak pakcik tu macam maki2 aku je dari dalam van tu. memang x dgr la sbb jauh n die tutup tingkap sbb hujan kan. then bila nenek dah bawak masuk cucu2 die, suami si nenek tu still marah2 lagi. tunjuk2 kat aku. aaahhhhh!! what the hell? aku x faham. x puas hati apa dtg face by face lahhhh. piiiraahhhhh. 

Lama jugak laa pakcik tu macam marah2, yg nenek kt sebelah die tu diamm jer. dalam hati aku, "bila laaa kau nak blahh orang tua". ramai lagi parents nak amik anak die. aku kena layan jugak parents2 yg datang nak amik anak die tu. Lama-lama baru laa van pakcik tu blahhh.

Tiba-tiba,

van pakcik tu datang lagi, rupa2nya die u-turn n datang balik depan tadika. nampak die marah2. then tunjuk2. yang aku ni, tak kan hujan2 nak kluar? kalau demam macam mana? aku dah takuttt giler dah. cepat2 panggil kawan suruh temankan aku. sbb aku takut tiba-tiba die keluar dari van dan serang aku. T.T

Lama la jugak die maki2 dalam van tu. Oh pleaseeee! die tak malu  ke marah2 depan cucu die tu? ntah wordss yang tak elok kluar. die x rasa ke yg perkataan yg keluar dari mulut die tu mencorakkan cucu die nanti? no wonder laaa. atuk borek, cucu rintik. cucu pun annoying jeee. 

Esok nyaaaa, aku tanya cucu die " qaisara, atuk marah ekenapa semalam?" then die jawab " haah, atuk marah sbb x bukak pintu" ohhhhh, i seee. sbb x bukak gate yg besarrr tuuu. padahal parents lain cooll je, ada yg x berpayung pun ada. soo overrrrr. dah tua2 buat perangai annoying soo menjengkelkan.

Petangnya tuu, pintu pagar bukak siap2, belum hujan pun bukak awal2. then si atuk yg bawak van tu dtang siap parking kt dalam tadika lagi tu. 


                                                  lebih kurang macam ni lah view die

Then, aku  nampak pakcik tu keluar then marah2 dekat teacher ( kak wani). aku tak nak keluar sbb still sakit hati + takutt kena marah. aku suruh kak wani yg tgk kan budak2 nak balik. kak wani tu berani sikit orang nyaaa. heee. sorry kak wani. kak wani yang kena marah dengan orang tua tu. sorry again.

Bayangkan, parents lain yang nak amik anak diorang kena tgk drama free kat situ. tak pasal2. buatt maluu je. van die tu besar gedabak masuk dalam tadika. parents lain tu yang keje lecturer tak kisah la pulak berhujan? sangat overr pak cik tuuu. Bising2 kat situ sbb tak puas hati kenapa x bukak pagar bila hujan? katanyaaa, " kalau isteri saya mampus, kena hujan macam mana?", " cucu2 saya kena hujan, demam macam mana?" 

pak cik? are u mad? hujan tu disaster ke bagi pakcik? hujan tu kan rahmat? reti tak bersyukur? tak rasa ke kubur tu dekat sangat dengan pakcik? malaikat maut tuuu selalu dah jenguk2 pakcikk oiiiiii. sedar2 la sikit. ingatkan, nak mintak maaf ke sbb maki2 teacher2 kat sini. rupanyaa, makin nak maki2 ada lah.

Orang ni kalau bercakap x guna akal. macam tu la. terserlah kebodohan. orang, kalau boleh nk sorokkan kebodohan tu. anak orang berpangkat tan sri, datuk, datin pun x pernah nak over macam tu,

Enjoy reading entry yang celaru ni. haha. :p


Wednesday, 27 March 2013

what did you do when you are feel down?

Assalamualaikum, hye.

In the morning, after subuh.

Tiba-tiba terfikir, kalau stress, rasa down je apa yang aku buat?

When troubles come to you, thats why you need doa. agar diberi kekuatan. kekuatan jiwa dan fizikal.
Kalau benda2 yang down ni benda yang aku paling x suke. tahu kenapa? sebab aku berperang dengan perasaan sendiri. aku sendiri lah yang kena healing balik hati yang sakit tuhh.

Biasanya rasa down bila ada orang lain yang sibuk2 tetba mengata aku yang bukan-bukan. contoh nya, "ehh, kau ni x bagus lah", " x yah la sambung belajar, kawin je la ye?", and bla bla bla. whatever they say, kebanyakannya aku wat bodo je. Diorang bukan Tuhan nak tentukan future aku sndiri. heh.

Tengok langit and nature like ocean, tree and etc u will feel better. it's true. so true. i've tried it before. when u feel miserable, dekatkan diri dengan alam sekeliling. try tengok sky and cloud. it's healing your heart.



Terus Terang

Assalamualaikum.

Bila kita menghadapi situasi sama ada nak terus terang je ke or simpan. pendam. nobody knows.
Well, situation like bila semua orang yang kenal kita tanya result kita. kalau good, satu dunia kita nak canang result kan. kalau not good, kita senyap and kalau boleh jangan sesiapa pun tanya.

But, persoalannya. result either good or bad is it influence our future? Memang lah. result bagus, uni bagus, kerja bagus. akhirat? sibuk mengejar dunia, masa depan. akhirat dilupakan. lumrah. begitu lah. jauh dari Tuhan.

Tapi kan, lagi best berterus terang daripada menyorokkan kebenaran. right? even kita rasa tenang je.  Tak payah susah-susah fikir macam mana nak elakkan daripada jawab soalan2 sebegitu. Aku pernah lalui. so, kalau orang tanya " how's ur result?" then aku jawab je,"teruk la. satu A je, fail pun ada". At least aku bersyukur aku ada A dari nothing. Bukan lah berpuas hati. just redha. u know what, bila kita redha, baru lah hikmah akan muncul depan kita.

Is it berapa banyak A yg kau dapat akan buat masa depan kau cerah? nobody knows it. only the creator. as a muslim, we should thank Him and always praises to Him. baru lah Allah redha dengan kau kan.? So, kita kan khalifah kat muka bumi, selagi tu lah kena berusaha. menuntut ilmu, cari harta, beribadat and so many else.

When something happens and it makes u down. Think. Allah always beside us. semakin kita cuba mendekatiNya, maka makin dekat lah Allah dengan kita. just banyakkan berdoa. kekuatan orang muslim adalah pada doa' nya.

Smile when things get tough.

Sunday, 24 March 2013

government or private?

Hello u ollsss..

sambung belajar...

degree? diploma? sijil? pra dip? janji belajar... kalau tak kena kahwin! OMG! memang x nak lah.

the problem is ipta or ipts?


Ok x kisah la kan gov ke private. janji further study. apa masalahnya kalau private? sebab kena buat loan banyak sgt? sampai beribu2? dah nama pun belajar. kos apa yang murah? mana ada yang free dalam dunia ni. so? apa masalahnya kalau private? sebab nanti kena bayar balik loan? thats why la kite further study kan? nak dapat good job. bukan sesaje belajar buang masa. it depends kat someone lahh. murah rezeki masuk ipta, x de rezeki still boleh further study. kat mana2 pun sama. janji study la betul2 kan?


Best what jadi orang yg berilmu ni. korang x rasa ke? anyhow, die belajar kat mana pun is not the problem. as long niat tu nak belajar, just go on. tak payah susah2 fikir nak kahwin, nak kerja. bile chance utk study datang, just open ur heart n accept it.

Maybe some parents is very synical when their children can't further in ipta. like me. even degree kite smbung, but, parents macam. alaaa, private. alaaa, itu ini. but, rezeki sentiasa ada kat mana2 kan? or pandangan diorang mcm ni :-


1. kalau belajar dekat gov, cth ipta. boleh bangga2.

2. kalau belajar dekat ipta, murahhh je, x yah bayar mahal2

3. kalau belajar dekat ipta, senang dapat kerja. really? (actually not)

4. kalau belajar dekat ipta, justt budak pandaii. ehh? maybe. some. not alll.


So, bile kite nak further study kan. really really need strength tau. kekuatan dalaman. just myself. aku la yang monolog dalam diri aku yang aku boleh study smpai habis n kalau boleh smpai master. i wish. in shaa Allah.
support dari mak jugakkk buat kite kuat. thanks mak. sayang mak sangat. N i hope sangat i will do my degree better than my form 6.

Kalau nak story what i'm feel mmg x cukup masa. time envying me now. gtg. enjoy reading :)


Saturday, 16 March 2013

New Experience.

In the name of Allah the most gracious and the most merciful.

Lepas habis exam stpm bulan 12 haritu, duk rumah goyang kaki dulu. layan korea. korea.korea. tu jekk, then bulan januari baru nak hegeh2 amik lesen, belajar kereta dgn motor. orang lain dah habis lesen kite baru nak amik. oh well, sebab before this tak berani sangat. haha. lepas tu, lesen punya ejen punya la lmbat buat kje. guess what? boleh pulak seminggu sekali je buat kelas? heh. buang masa aku je. serious. heh.
bosan2 duk rumah, nk la try keje kan. pegi interview, then dapat terus kerja. rezeki, alhamdulillah :)
guess what kje apa? cikgu tadika! ho yeahhh. macam kacangg je kn kje die.

Teacher Nad. new name. sekarang dah jdi teacher. even jdi teacher utk budak 4 years, 5 years, 6 years. x luak mna lah kn? nati diorg dah besar, lupe jugak dgn teacher yg susah payah ajar diorg membaca. maybe. kalau memory diorg long lasting, diorg ingat la teacher diorg ni :) . first time kerja, penat actually. sangat. bukan nak complain x puas hati or what. just share apa yg aku rasa je. x salah rasanya. sementara nk tunggu result stpm will out soon, kite cari la experience kat tadika. seronok layan budak2 ni, comel2 n sweet2 je semua. time bila peranagai mengada diorg keluar, rasa bagai nak tampar2 je bebudak tu. oppss, nati kena saman susah. assobaru minal iman. :)

Budak2 nakal umpan je sweet. senang kn? tapi bankrupt jugak lah. kena umpan sweet baru nak dengar cakap. alahaiii budak2 ni, naiff sungguh :). seronok kerja kalau ikhlas. kalau buat sebab terpaksa mmg x jalan dan x bahagia je rasa. Kadang2 kite kena belajar terima nasihat, teguran apa2 semua tu lah. jangan lah bila orang tegur sikit and nasihat sikit, kite da terasa. kena la belajar jadi matang kan? klu terasa apa semua, jgn tunjuk. diam je. buat kerja mcm biasa. hee.

Enjoy reading :)

Saturday, 19 January 2013

Benda yang kita nak tak akan dapat

Assalamualikum, kite akan update blog kalau sesuatu terlintas kat fikiran.hee. life is sooo wonderful.because we have Allah.we pray all the time. we really3 need HIM. Ni just tazkirah ahad :)

okey, time zaman kanak2 dulu, bile orang tanya naka jadi ape? mcm2 jawapan yang kite bagi, nak jadi doktor, cikgu, pensyrah, etc. bile da dewasa, bile org tnya nak jadi ape, wht the fish? aku pun x sure aku nk jdi apa. see?? haha. because bile makin dewasa, kte dah tau ape yg kte nak, kan? we must set the goal in our life.

then, kalau sesuatu benda yg kite inginkan dalam life, kte kna usaha+doa+tawakkal.. but, knp mesti ada kata2 yg "alaaa, berangan la mcm mna pun, mimpi kelangit pun, x kan dapat punya ape yg ko nak tu" ? HUH? not make sense lngsung youu. 

actually, kite kena pertimbangkan laa apa yg kite nak dalam life right? kalau nak kahwin dengan jejaka korea dari group super junior? mmg x laaa. kalau nak jadi secantik eugene tanpa guna fulus, mmg x laaa.apayg kite nak dalam life actually kena benda yang logik dan masuk akal dan in shaa Allah akan tercapai..

x de benda dalam dunia ni kite akan dapat without usaha dan doa, wehhh. melainkan kalau luck. tu yesss, but not alwayssss. keep it in ur mind, ek? andddd one thing is banyakkan solat dhuha, is good. ustaz ustazah alim ulama' even kata gituu.

good luck.


Wednesday, 16 January 2013

just...

da lama rasanya x update blog, kat facebook pun jarang2 update status, sebabnye da malas layan facebook. seriously, kite layan blog dengan instagram je. hehe, twitter?? opss, i x de twitter you. i x reti, ki3... update blog macam tulis novel, ada idea baru lah boleh update, kalau x termenung jee kat depan skrin lappy ni, tgh tunggu idea dtg...

mode= still cuti sakan, duduk rumah, buat keje rumah, layan movie, drama melayu, korean movie juga x ketinggalan. hee. kite ade jugak survey course2 yg sesuai and dengan uni yg nak dipilih. sebab, result stpm x lama lagi keluar. tu yg prepare awal2 tu, risau+takut  semua ada, tapi x pe, kite tawakkal kpd Allah. x lupe berdoa semoga Allah bagi yang terbaik utk kite. hehe

pasal yang gaduh2 dengan mak kite haritu kan.. kite da baik2 dah dgn mak. suke sgt3. seronok dpt sembang2 dgn mak. so heaven, tapi bile die start bebel, tu yg x bper nak heaven. hehe. alaaa, kite da 21 tau thun ni. x nak la mkin up umur, sbb x puas nk jadi kanak2. mcm retarded je bile da up umur, mkin x matang perangai

kite tak tau nk cter ape actually, just campur aduk je ape yg kte nak taip ni. hehe... just, kite hope sgt nak dpt result yg baik utk stpm, nak tgk parents dengan adik2 happy. mak dengan ayah berharap sgt kat kte,,as anak sulung mesti la tunjuk kebolehan kt adik2, supaya jadik ikutan...

then, dapat msuk u. smbung blajar, parents sukak gilakkk, kite lagi laaa, double triple suke. siap sujud syukur lagi tu, x semua org sama rezeki die. ada yg x boleh nk smbung study, ada yg study tinggi2, flow die elokk jee. ada yg gagal, then usaha bru ada hasil. macam kite, hehe. kalau la dekat matrik study betul2, astaghfirullah, mna boleh cakap "kalau".. senang syaitan nk masuk jarum utk hasut kite.

i'm not too clever. but, i'm trying to be better.


Wednesday, 9 January 2013

cerita sedih

Dah lama x update, sebab malas. hehe. actually, kite nak sgt post apa yg berlegar dlm otak kte nhe. tapi, x semua bnda boleh post2, nti ada org lain yg annoying mnyampuk x tentu hala.haru jee. so, update kat blog je lah kan? hee..

you know what? kite da buat lesen L, so, x lama lagi dapat la lesen kn? haa. on top of that, cari la keje. then, dapat kje dekat tadika. so saddd, i can't.. my mom not give me permission. i frust sgt2 tahu? so, kte mcm melawan sikit laa. nak sgt kerja cepat2, dpt duit, then boleh beli mcm2 kn? x yah mnx duit parents lgi. heee, then, after that, kte dgn mak mcm dah x bertegur. sumpah, awkward gilerrr! sebabnye, mcm org asing dekat rumah sndiri. langsung x bertegur. sikit pun x. tu yg sedih tu, but, kte wat do no je. x ngis pun, klu ngis haru jee.

kte amik alternatif cerita kat kawan, cerite2 kt die, sayu je hati then ngiss. hehe.. lama2 kte terfikir mybe klu da kerja nti lesen bile nak siap kn? bukn boleh dpt cuti senang2 mcm tu je kan? so, kena hbiskn satu2 dulu laa, then bole la keje. in shaa Allah.  aminnn. hehe.

semoga kte kuat nak hbiskn belajar lesen ni, bukan ape, rimas la blajar kt sana. mybe sbb pkcik2 yg kat sana tu gatal2 je sume. miang. mkin tua, mkin jadi. kesian2, susah klu x de pkcik2 yg baik2, tau hukum agama ni. main aci redah je ajar budak2 perempuan drive, x pkai glove. then, pgg sana pgg sini. heh, don't mke any sense langsung. nak je backhand, tpi kang. mati pulak org tua tuh. haha. jahat x? ke nak bgi die hadiah glove? agak2 terbukak la hati die yg tertutp tu kan?